Post fia rini tntang Arwah Aminulrasyid,ntah fia xthu np fia ttbe rse sedih ble t'ingtkn arwah.. Hope Arwah ditempatkn orang-orang yg b'iman.. Amin ~
Ini adalah sedikit cebisan laporan dr surat khabar :-
SHAH ALAM, 20 Mei — Dua lagi laporan polis berhubung kes
Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati akibat terkena tembakan polis di Seksyen 11
pada 26 April lepas, dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di
sini. Laporan polis itu masing-masing dibuat oleh kakak Allahyarham
Aminulrasyid, Nor Azura, 39, dan Muhamad Hafizzudin Omar iaitu abang kepada
Azamuddin yang merupakan rakan remaja itu yang berada bersamanya dalam kereta
yang dipandu remaja itu ketika kejadian.
Peguam yang mewakili keluarga Aminulrasyid, N. Surendran ketika ditemui pemberita berkata Nor Azura dalam laporan itu meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan badan bebas untuk menyiasat beberapa kenyataan dikeluarkan pihak polis yang didakwanya seolah-olah bertujuan menutup kes itu.
Surendran yang mengiringi keluarga berkenaan membuat
laporan polis itu berkata Muhamad Hafizzudin dalam laporannya mendakwa berlaku
cubaan membunuh oleh pihak polis terhadap adiknya Azamuddin kerana melepaskan
tembakan ke arah kereta yang dinaiki kedua-dua remaja itu.
Muhamad Hafizzudin juga meminta KDN menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat perkara itu dengan segera, katanya. Pada 10 Mei lalu, seorang koperal polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung kejadian tembakan yang menyebabkan kematian Aminulrasyid.
Koperal Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan jika bersabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
No comments:
Post a Comment