Ramuan :
Quantiti terung (ikut suka)
1 labu bawang besar – dimayang
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil cili kisar
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1/2 cawan air asam jawa pekat
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
4 sudu besar minyak masak
Cara-cara :
- Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang besar, daun kari, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Kacau sehingga naik aromanya.
- Masukkan serbuk rempa kari, cili kisar, dan serbuk kunyit dan kacau. Biarkan hingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau lagi hingga rata.
- Masukkan pula terung dan kacau sehingga rata. Tutup periuk dan biarkan hingga terung empuk dan angkat.
- Sedia untuk dihidang